Rabu, 18 Januari 2012

Program : Cergas dan Sihat

Oleh : Syarul Haiza Husra bin Hussin

JERANTUT 18 Januari 2012 - Aktiviti sihat pada tahun ini dimulakan dengan mengadakan program senamrobik. Penglibatan klien bersama-sama kakitangan bukanlah sesuatu yang janggal di sini. Menurut 'Program Manager' bagi bulan januari, aktiviti seumpama ini dirangka bukan sahaja bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan antara warga Klinik C&C 1Malaysia Jerantut, malah pendedahan dari aspek pengurusan program kepada klien adalah matlamat utama. Menurut En. Mohd Ariff Hafizan, klien telah menentukan tarikh serta aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program cergas dan sihat ini. Selain itu juga, aspek persiapan tempat serta penyediaan keperluan peralatan turut diselenggarakan oleh klien sendiri. Pada tarikh yang sama, satu perlawanan persahabatan acara badminton turut diadakan. Bukan juara yang kami cari, tetapi impak dari keseluruhan program yang harus kita perhati. Program yang berlangsung separuh hari masa bekerja, turut disertai oleh pengarah Klinik C&C 1Malaysia Jerantut, En. Muhammad Tajmuddin Shah bin Muda.

0 ulasan: