Jumaat, 3 Februari 2012

Program : Jalinan Kasih

Oleh : Joharudin bin Jusoh

JERANTUT 3 Februari 2012 - Satu program 'Jalinan Kasih' telah dianjurkan oleh unit keselamatan Klinik C&C 1Malaysia Jerantut. Program ini merupakan program yang pertama anjuran unit keselamatan berfokus untuk mewujudkan mewujudkan perhubungan yang baik diantara klien dan kakitangan. Pengisian utama program adalah melakukan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar klinik disamping menjadikan ia sebagai sebahagian daripada terapi kerja kepada klien.


Program dimulakan dengan taklimat ringkas daripada En. Muhamad Rukman selaku ketua unit keselamatan. Tepat pukul 9.00 pagi, kerja-kerja gotong-royong dimulakan dan peserta program dibahagikan kepada dua zon. Zon A bertanggungjawab membersihkan kawasan kediaman klien dan pagar anti-climb. Manakala zon B bertanggungjawab membersihkan kawasan dapur, masjid, dan sekitar blok dobi. Program tamat pada pukul 12.00 tengahari.


Dengan adanya program seumpama ini, diharap dapat mewujudkan hubungan yang harmoni diantara klien dan kakitangan disamping dapat mendidik klien untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran apabila klien menjalani pemulihan di luar kelak.



0 ulasan: