Rabu, 20 Jun 2012

Program : Didik Wanita Terdidik Generasi

Disediakan Oleh : Mohd Redzuan Bin Mat Isa

Jerantut – Pada 20 Jun 2012 (Rabu)  cawangan Agama  Klinik Cure&Care 1 Malaysia Jerantut telah menganjurkan program Soal Wanita yang telah diadakan di bilik mesyuarat unit pemulihan pada jam 3.00 petang. Program ini melibatkan klien dan kakitangan wanita di klinik ini yang menekankan aspek kebersihan diri dari sudut fiqh wanita yang telah disampaikan oleh guru Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut iaitu Ustazah Siti Mardhiah Bt Md Yan.
Program ini telah dihadiri oleh 2 orang klien wanita dan 8 orang pegawai wanita termasuk ketua cawangan pemulihan Puan Faridah Bt Abd Hamid.       Didalam program yang telah diadakan ini penceramah telah menekankan aspek kebersihan fizikal yang perlu diberi perhatian serius oleh wanita iaitu :

1.      Kebersihan rambut
2.      Kebersihan kuku
3.      Mandi wajib dan haid                  

Menurut penyelaras program ini iaitu Ust Mohd Shukri program ini telah dirancang oleh cawangan agama dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua klien kerana mereka begitu bersungguh-sungguh apabila program ini akan dirancang. Daripada respon yang diberikan menunjukkan tanda positif semua klien dan mereka mahukan program dapat dijalankan berterusan setiap bulan.

Diharapkan program ini memberi impak positif kepada klien terutamanya dalam aspek kebersihan diri sebelum melakukan ibadah seperti solat dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan yang berguna kepada klien wanita tentang betapa pentingnya membersihkan diri mengikut kaedah yang telah diajarkan oleh Islam seterusnya segala ibadah yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah taala. Sekian Terima Kasih.