Ahad, 1 Januari 2012

Pengenalan

Latarbelakang Klinik C&C 1Malaysia

  • Sebelum ini, setting perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Malaysia adalah berteraskan perundangan dan berunsur paksaan. Tetapi kini, AADK telah melaksanakan transformasi dengan penubuhan Klinik C&C 1Malaysia yang berkonsepkan kesukarelaan, tiada ikatan perundangan, tiada pra syarat bagi sesiapa sahaja yang mempunyai permasalahan berkaitan penagihan dadah,
  • Atas dasar untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang terbaik, Model C&C telah dibangunkan oleh sekumpulan pegawai AADK dengan matlamat utama iaitu mengekalkan kepulihan daripada pergantungan terhadap dadah (abstinence).
  • Bermula pada 1 Julai 2010, Malaysia telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah apabila melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengubah PUSPEN kepada Klinik C&C 1Malaysia iaitu Klinik C&C Sg Besi, Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching, Papar dan Jerantut.

0 ulasan: