Ahad, 1 Januari 2012

Soalan Lazim

1.  Adakah Klinik Cure&Care 1Malaysia dibawah pengurusan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)?
Ya, Klinik Cure&Care 1Malaysia adalah salah satu transformasi AADK dalam penambahbaikkan pendekatan pemulihan dadah.

2.  Adakah Klinik Cure&Care 1Malaysia mengenakan sebarang pembiayaan untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan?
Tidak, rawatan yang ditawarkan adalah percuma.

3.  Bilakah saya boleh datang mendapatkan rawatan di Klinik Cure&Care 1Malaysia?
Anda boleh mendapatkan rawatan di Klinik Cure&Care 1Malaysia pada bila-bila masa.

4.  Adakah maklumat saya akan didedahkan kepada pihak ketiga sepanjang saya mendapatkan rawatan di Klinik Cure&Care 1Malaysia?
Tidak, maklumat anda adalah sulit.

5.  Sekiranya saya bekerja, bagaimanakah cara yang membolehkan saya mendapatkan rawatan di Klinik Cure&Care 1Malaysia?
i)  Anda boleh mendaftar sebagai klien outpatient dimana rawatan dilakukan secara berkala. Pakej yang ditawarkan adalah selama 4, 5, atau 6 bulan.
ii)  Anda boleh memohon cuti daripada majikan anda dan mendapatkan rawatan inpatient. Pakej yang ditawarkan adalah selama 1, 2, atau 3 bulan.

0 ulasan: