Isnin, 9 Januari 2012

Program : Klien Tunjuk Skill

Oleh : Zamani bin Mustafa

JERANTUT 9 Januari 2012 - Klien C&C 1Malaysia Jerantut telah menunjukkan bakat dan kemahiran dalam satu perlawanan persahabatan futsal diantara klien dan kakitangan. Perlawanan tersebut berlangsung di Dewan Pinggiran C&C Jerantut. Perlawanan persahabatan ini adalah merupakan hasil cadangan yang diutarakan oleh klien. Perlawanan yang juga merupakan riadah ini merupakan aktiviti sihat dan wajar dilakukan secara berterusan. 


Melalui aktiviti seperti ini, ia dapat mewujudkan hubungan silaturrahim diantara klien dan kakitangan.Hubungan yang baik dapat memberi kesan keatas pemulihan klien itu sendiri. Kerjasama yang baik serta semangat kesukanan telah ditunjukkan oleh klien dan kakitangan dalam perlawanan itu.


Aktiviti sukan dan riadah seperti ini, perlu dilakukan setiap masa. Ia secara tidak langsung membantu klien dalam menguruskan diri, secara langsung mendedahkan klien dengan cabaran yang perlu dihadapi apabila tamat menjalani rawatan dan pemulihan di C&C nanti. Keputusan perlawanan persahabatan tersebut berpihak kepada klien dengan kemenangan 3-2.

0 ulasan: