Ahad, 1 Januari 2012

Sejarah Penubuhan

Latar Belakang Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut, Pahang

Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C) Jerantut mula beroperasi secara rasminya pada 1 Julai 2011. Klinik tersebut dibangunkan diatas tapak asal Pusat Penagihan Narkotik Jerantut (PUSPEN) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Serenti Jerantut. Keluasan premis ini adalah seluas 59.43 ekar atau 24.04 hektar. Hak milik tanah ini telah diserahkan oleh Pasukan Polis Hutan (PPH) pada 18 November 1986. Bermula dari detik tersebut kawasan ini telah dijadikan salah satu tempat rawatan dan pemulihan penagihan dadah di pantai timur. Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut terletak di KM 4 Jalan Benta.


Jarak dari Bandar Jerantut ke klinik C&C hanya sejauh 5 KM dan jarak dari hospital ke C&C ini hanya sejauh 4 KM. Daerah yang paling hampir dengan Jerantut adalah kawasan Daerah Temerloh iaitu 50 KM dan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menggunakan kenderaan sendiri. Jarak bagi Klinik C&C Jerantut dengan Daerah Raub pula adalah sejauh 70 KM dengan mengambil masa 1 jam 15 minit menggunakan kenderaan sendiri. Kedudukan Daerah Lipis adalah sejauh 85 KM manakala Daerah Maran pula kedudukanya sekitar 80 KM yang memerlukan masa perjalanan menggunakan kenderaan sendiri selama 1 jam 30 minit.

Perlaksanaan Klinik Cure & care 1 Malaysia diatas tapak lama PUSPEN membolehkanya memiliki kelengkapan yang menyeluruh dari aspek prasarana. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di Klinik C&C 1 malaysia Jerantut adalah seperti berikut :

  1. 6 Blok asrama baru ( 1 blok digunakan untuk aktiviti dan 5 blok untuk asrama lelaki)
  2. 6 Blok asrama lama (uzur dan memerlukan pembaikan)
  3. 1 Blok Pejabat Pemulihan dan Farmasi.
  4. 1 Blok Pejabat Pentadbiran
  5. 1 Masjid
  6. 1 Blok dapur
  7. 1 Dewan makan
  8. 1 Blok Klinikal
  9. 1 Dewan serbaguna
  10. 1 Blok Pengurusan Klien
  11. 8 Buah menara kawalan
  12. 1 Blok bengkel batik
  13. 1 Blok Asrama wanita
  14. 1 Buah rumah kelab

0 ulasan: