3 Elemen C&C 1Malaysia
- Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik C&C 1Malaysia adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi.
- Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C 1Malaysia.
- Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada klien.
0 ulasan:
Catat Ulasan