Rabu, 9 Mei 2012

Program : Al-Baghdadi - Ketuk-ketuk Mengaji

Oleh : Mohd Redzuan Bin Mat Isa

Jerantut – Cawangan Agama  Klinik Cure&Care 1 Malaysia Jerantut telah berjaya mengadakan Kursus Penghayatan Nilai-Nilai Islam yang mengkhususkan tentang cara mengaji menggunakan kaedah Al-Baghdadi yang telah diadakan pada 9 Mei 2012 (Rabu) bertempat di Masjid Nurhidayah. Seramai 60 orang termasuk klien dan kakitangan telah menyertai program tersebut.

Program ini dimulakan dengan taklimat pengenalan yang telah disampaikan oleh Pengarah Al-Baghdadi Training Centre Pahang kemudian diteruskan dengan latihan amali cara mengaji menggunakan kaedah Al-Baghdadi iaitu melalui cara ketukan yang dapat membantu untuk mengingat ayat dan kalimah al-Quran dengan mudah dan berkesan.

Menurut ketua penyelaras program ini,Ust Mohd Shukri Bin Shafie penganjuran program ini di peringkat Klinik Cure & Care adalah yang julung kali diadakan dan ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada klien terutamanya bagaimana mengaji dengan menggunakan teknik yang mudah dan berkesan. Program ini diharap dapat member panduan kepada klien tentang penting al-Quran dalam hidup serta perlunya kita sebagai umat Islam belajar al- Quran dan mengajar kepada orang lain.


Sesungguhnya program ini secara tidak langsung dapat menarik minat klien untuk belajar al-Quran dengan cara yang mudah seterusnya dapat mengamalkannya di dalam kehidupan seharian mereka apabila keluar dari klinik ini. Sekian Terima Kasih.