Rabu, 28 Mac 2012

Program : Pertandingan Nasyid Mencungkil Bakat Terpendam

Oleh : Mohd Shukri Bin Shafie

Jerantut – Cawangan Agama  Klinik Cure&Care 1 Malaysia Jerantut telah menyertai Pertandingan nasyid peringkat daerah Jerantut bersempena tahun melawat Jerantut pada 28 Mac 2012 bertempat di dewan Majlis Daerah Jerantut .

Penyertaan pertandingan ini disertai oleh 3 orang klien iaitu En Ibrahim Mohamed, En Asyraf Dan En Zulkifli Mamat dan dibantu oleh 3 orang kakitangan terdiri daripada Ust Shukri Shafie, En Abdul Hazar Hasan dan En Mohd Ariff Hafizan yang telah mendendangkan sebuah lagu berjudul “Taburkan Jasa Semaikan Budi”. Lagu ini telah digubah semula dalam bentuk yang lebih segar oleh sound engineer kumpulan ini iaitu En Maznifirdaus Bin Marzuki     
                             
Menurut pengurus pasukan kumpulan ini,Ust Mohd Redzuan Bin Mat Isa penyertaan pertandingan ini telah dimulakan dengan latihan yang mantap selama sebulan dan mereka berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 20 penyertaan kumpulan.


Penyertaan ini adalah untuk menarik minat klien untuk terlibat dan bergaul masyarakat melalui platform nasyid. Semoga usaha ini dapat menjadikan semua klien yakin dengan persekitaran luar yang penuh mencabar dan dapat membantu dalam usaha kearah. Sekian Terima Kasih.           

Ahad, 25 Mac 2012

Program : Sukaneka Karnival Jerantut

Oleh: Mohd Ariff Hafizan Bin Abdul Razak

Sukaneka Karinval Jerantut Papar kebolehan Klien Klinik C&C Jerantut

25 Mac 2012 – Jerantut , Sempena Karnival Jerantut 2012 anjuran Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah di jemput untuk menyertai salah satu pengisian program iaitu acara sukaneka antara jabatan kerajaan sekitar Jerantut. Menurut penganjur objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan sesama jabatan  disamping memberi keseronokan menerusi acara yang dipertandingkan.

Antara jabatan-jabatan yang mengambil bahagian didalam acara tersebut ialah PDRM, Klinik Kesihatan Jerantut, Hospital Jerantut, Pejabat Risda dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pihak Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah menghantar seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan serta klien untuk mengambil bahagian didalam acara sukaneka tersebut. Antara acara-acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah acara memasukkan air dalam botol, baling belon, jalan 3 kaki. Wakil daripada Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah berjaya memenangi sebahagian besar acara yang dipertandingkan dengan mempamerkan semangat yang tinggi didalam setiap acara.


Penglibatan klien Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut didalam program sebegini dilihat sebagai salah satu program integrasi bersama masyarakat setempat disamping memberi gambaran positif kepada masyarakat umum yang sering melabel mereka dengan tanggapan yang tidak sihat.