Jumaat, 1 Februari 2013

Program : Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jerantut


OLEH : JOHARUDIN BIN JUSOH

JERANTUT 1 FEBRUARI 2013 – Satu Pertandingan Perarakan Sambutan Maulidurasul peringkat daerah Jerantut telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut Bertemakan ‘ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ‘, perarakan ini  melibatkan 35 kontinjen terdiri daripada semua jabatan dan agensi kerajaan, sekolah dan NGO dari seluruh daerah Jerantut. Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut  juga tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan sempena sambutan Maulidurasul tersebut dengan menghantar wakil yang terdiri daripada 10 orang kakitangan dan 10 orang klien inpatient yang diketuai oleh Tuan Mohd Saet Bin Ibrahim selaku ketua kontinjen Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut. 

Perarakan bermula seawal jam 7.30 pagi dimana semua kontinjen berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Ahmad, Jerantut dengan berpakaian lengkap berbaju melayu  dan membawa sepanduk untuk dibawa sepanjang perarakan. Perarakan berakhir di Dewan Majlis Daerah Jerantut, majlis diserikan oleh persembahan-persembahan oleh pelajar sekolah seterusnya ceramah sempena Maulidurasul yang disampaikan oleh Pengetua Ma’ahad Tahfiz Sungai Salan, Jerantut iaitu Maulana Johari bin Muhammad Ali. Untuk tahun ini, Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut telah merangkul tempat pertama bagi kontinjen perarakan terbaik dengan membawa pulang piala pusingan, sijil penyertaan dan wang tunai RM 250.00. Hadiah disampaikan oleh  Pegawai Daerah Jerantut, Dato’ Syed Ab. Mutalib bin Syed Hassan dan ADUN Tahan, Dato’ Wan Amizan bin Wan Abd. Razak. Sebelum ini, pada Mesyuarat Tahunan PUSPANITA daerah Jerantut yang diadakan pada 23 Januari 2013 yang lalu, wakil dari Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut juga telah merangkul tempat pertama dan kedua bagi Pertandingan gubahan  hantaran dan Pertandingan memasak acar.

Dengan penyertaan kontinjen Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut ini telah memperlihatkan usaha-usaha transformasi yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah AADK, Puan Sri Dato’ Zuraidah binti Hj. Mohamed telah berjaya mendapat perhatian dan pengiktirafan dari masyarakat. Ini juga merupakan salah satu daripada usaha yang dilaksanakan oleh pihak Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut untuk mempromosikan Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut sekaligus membina jaringan yang baik dengan  dengan jabatan dan agensi kerajaan lain.


0 ulasan: