Ahad, 25 Mac 2012

Program : Sukaneka Karnival Jerantut

Oleh: Mohd Ariff Hafizan Bin Abdul Razak

Sukaneka Karinval Jerantut Papar kebolehan Klien Klinik C&C Jerantut

25 Mac 2012 – Jerantut , Sempena Karnival Jerantut 2012 anjuran Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah di jemput untuk menyertai salah satu pengisian program iaitu acara sukaneka antara jabatan kerajaan sekitar Jerantut. Menurut penganjur objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan sesama jabatan  disamping memberi keseronokan menerusi acara yang dipertandingkan.

Antara jabatan-jabatan yang mengambil bahagian didalam acara tersebut ialah PDRM, Klinik Kesihatan Jerantut, Hospital Jerantut, Pejabat Risda dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pihak Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah menghantar seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan serta klien untuk mengambil bahagian didalam acara sukaneka tersebut. Antara acara-acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah acara memasukkan air dalam botol, baling belon, jalan 3 kaki. Wakil daripada Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah berjaya memenangi sebahagian besar acara yang dipertandingkan dengan mempamerkan semangat yang tinggi didalam setiap acara.


Penglibatan klien Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut didalam program sebegini dilihat sebagai salah satu program integrasi bersama masyarakat setempat disamping memberi gambaran positif kepada masyarakat umum yang sering melabel mereka dengan tanggapan yang tidak sihat. 

0 ulasan: