Rabu, 8 Ogos 2012
Rabu, 20 Jun 2012
Program : Didik Wanita Terdidik Generasi
Disediakan Oleh : Mohd Redzuan Bin Mat Isa
Jerantut – Pada 20 Jun 2012 (Rabu) cawangan Agama Klinik Cure&Care 1 Malaysia Jerantut telah menganjurkan program Soal Wanita yang telah diadakan di bilik mesyuarat unit pemulihan pada jam 3.00 petang. Program ini melibatkan klien dan kakitangan wanita di klinik ini yang menekankan aspek kebersihan diri dari sudut fiqh wanita yang telah disampaikan oleh guru Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut iaitu Ustazah Siti Mardhiah Bt Md Yan.
Program ini telah dihadiri oleh 2 orang klien wanita dan 8 orang pegawai wanita termasuk ketua cawangan pemulihan Puan Faridah Bt Abd Hamid. Didalam program yang telah diadakan ini penceramah telah menekankan aspek kebersihan fizikal yang perlu diberi perhatian serius oleh wanita iaitu :
1. Kebersihan rambut
2. Kebersihan kuku
3. Mandi wajib dan haid
Menurut penyelaras program ini iaitu Ust Mohd Shukri program ini telah dirancang oleh cawangan agama dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua klien kerana mereka begitu bersungguh-sungguh apabila program ini akan dirancang. Daripada respon yang diberikan menunjukkan tanda positif semua klien dan mereka mahukan program dapat dijalankan berterusan setiap bulan.
Diharapkan program ini memberi impak positif kepada klien terutamanya dalam aspek kebersihan diri sebelum melakukan ibadah seperti solat dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan yang berguna kepada klien wanita tentang betapa pentingnya membersihkan diri mengikut kaedah yang telah diajarkan oleh Islam seterusnya segala ibadah yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah taala. Sekian Terima Kasih.
Rabu, 9 Mei 2012
Program : Al-Baghdadi - Ketuk-ketuk Mengaji
Oleh : Mohd Redzuan Bin Mat Isa
Jerantut – Cawangan Agama Klinik Cure&Care 1 Malaysia Jerantut telah berjaya mengadakan Kursus Penghayatan Nilai-Nilai Islam yang mengkhususkan tentang cara mengaji menggunakan kaedah Al-Baghdadi yang telah diadakan pada 9 Mei 2012 (Rabu) bertempat di Masjid Nurhidayah. Seramai 60 orang termasuk klien dan kakitangan telah menyertai program tersebut.
Program ini dimulakan dengan taklimat pengenalan yang telah disampaikan oleh Pengarah Al-Baghdadi Training Centre Pahang kemudian diteruskan dengan latihan amali cara mengaji menggunakan kaedah Al-Baghdadi iaitu melalui cara ketukan yang dapat membantu untuk mengingat ayat dan kalimah al-Quran dengan mudah dan berkesan.
Menurut ketua penyelaras program ini,Ust Mohd Shukri Bin Shafie penganjuran program ini di peringkat Klinik Cure & Care adalah yang julung kali diadakan dan ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada klien terutamanya bagaimana mengaji dengan menggunakan teknik yang mudah dan berkesan. Program ini diharap dapat member panduan kepada klien tentang penting al-Quran dalam hidup serta perlunya kita sebagai umat Islam belajar al- Quran dan mengajar kepada orang lain.
Sesungguhnya program ini secara tidak langsung dapat menarik minat klien untuk belajar al-Quran dengan cara yang mudah seterusnya dapat mengamalkannya di dalam kehidupan seharian mereka apabila keluar dari klinik ini. Sekian Terima Kasih.
Khamis, 12 April 2012
Program : Irama Nan Satu
Oleh : Maznifirdaus bin Marzuki
JERANTUT 12 April 2012 – Bagi menarik minat klien dalam proses rawatan dan pemulihan di Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut (CNC Jerantut), slot bagi kesenian telah diisi dengan program ‘Kompang – Irama Nan Satu’. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada klien berkenaan asas-asas dan teknik yang betul semasa bermain peralatan tradisional ini.
Seramai 15 orang klien dan 10 orang kakitangan telah menyertai program yang dikendalikan oleh Pak Long dan beberapa orang rakan beliau dari Kelab Kompang Remaja Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR). Pada permulaan proses pembelajaran, senaman tangan dan jari-jemari dilakukan sebelum memulakan latihan. Ini dilakukan adalah untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini berlaku kepada para peserta. Peserta kemudiannya didedahkan dengan teknik-teknik asas paluan seperti ‘menganak’, ‘melingkah’, ‘menyilang’ dan lain-lain teknik yang bersesuaian dengan lagu yang bakal dimainkan. Program yang berlangsung selama sejam ini diakhiri dengan paluan ‘mengarak pengantin’ dimana para peserta Berjaya mengalunkan dengan baik walaupun secara keseluruhannya tidak begitu sempurna. Pak Long selaku pengajar yang telah mengendalikan program ini menggalakkan peserta melakukan lebih banyak latihan supaya paluan yang dilakukan akan bertambah baik dan mantap.
“Program yang disertai oleh klien dan kakitangan ini sebenarnya tidak terhenti begitu sahaja dan latihan akan dilakukan secara berterusan selepas ini memandangkan CNC Jerantut bercadang akan menubuhkan pasukan kompangnya sendiri” ujar En. Mohd Ariff Hafizan selaku pengurus kompang CNC Jerantut. Dengan adanya pasukan kompang yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi, ianya bukan sahaja memberikan kemahiran kepada klien dan kakitangan malah ianya dapat dijadikan salah satu daripada sumber pendapatan di Klinik CNC Jerantut ini.
Rabu, 28 Mac 2012
Program : Pertandingan Nasyid Mencungkil Bakat Terpendam
Oleh : Mohd Shukri Bin Shafie
Jerantut – Cawangan Agama Klinik Cure&Care 1 Malaysia Jerantut telah menyertai Pertandingan nasyid peringkat daerah Jerantut bersempena tahun melawat Jerantut pada 28 Mac 2012 bertempat di dewan Majlis Daerah Jerantut .
Penyertaan pertandingan ini disertai oleh 3 orang klien iaitu En Ibrahim Mohamed, En Asyraf Dan En Zulkifli Mamat dan dibantu oleh 3 orang kakitangan terdiri daripada Ust Shukri Shafie, En Abdul Hazar Hasan dan En Mohd Ariff Hafizan yang telah mendendangkan sebuah lagu berjudul “Taburkan Jasa Semaikan Budi”. Lagu ini telah digubah semula dalam bentuk yang lebih segar oleh sound engineer kumpulan ini iaitu En Maznifirdaus Bin Marzuki
Menurut pengurus pasukan kumpulan ini,Ust Mohd Redzuan Bin Mat Isa penyertaan pertandingan ini telah dimulakan dengan latihan yang mantap selama sebulan dan mereka berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 20 penyertaan kumpulan.
Penyertaan ini adalah untuk menarik minat klien untuk terlibat dan bergaul masyarakat melalui platform nasyid. Semoga usaha ini dapat menjadikan semua klien yakin dengan persekitaran luar yang penuh mencabar dan dapat membantu dalam usaha kearah. Sekian Terima Kasih.
Ahad, 25 Mac 2012
Program : Sukaneka Karnival Jerantut
Oleh: Mohd Ariff Hafizan Bin Abdul Razak
Sukaneka Karinval Jerantut Papar kebolehan Klien Klinik C&C Jerantut
25 Mac 2012 – Jerantut , Sempena Karnival Jerantut 2012 anjuran Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah di jemput untuk menyertai salah satu pengisian program iaitu acara sukaneka antara jabatan kerajaan sekitar Jerantut. Menurut penganjur objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan sesama jabatan disamping memberi keseronokan menerusi acara yang dipertandingkan.
Antara jabatan-jabatan yang mengambil bahagian didalam acara tersebut ialah PDRM, Klinik Kesihatan Jerantut, Hospital Jerantut, Pejabat Risda dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pihak Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah menghantar seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan serta klien untuk mengambil bahagian didalam acara sukaneka tersebut. Antara acara-acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah acara memasukkan air dalam botol, baling belon, jalan 3 kaki. Wakil daripada Klinik Cure & Care 1Malaysia Jerantut telah berjaya memenangi sebahagian besar acara yang dipertandingkan dengan mempamerkan semangat yang tinggi didalam setiap acara.
Ahad, 26 Februari 2012
Program : Motivasi Diri Ke Arah Kepulihan
Oleh : Chan Ing Liang
JERANTUT 26 Februari 2012 - Seramai 19 orang klien 'inpatient' Klinik C&C 1Malaysia Jerantut bersama dengan 14 kakitangan terlibat dalam Program Pencegahan Relapse di Lata Meraung, Jerantut. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan telah selesai pada jam 1.00 petang.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan program, satu taklimat telah disampaikan oleh Pn. Waxni binti Yusof selaku ketua fasilitator. Program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan klien tentang pencegahan relapse untuk kepulihan mereka. Implikasi daripada program ini diharapkan dapat membantu klien dalam mengambil langkah yang efektif untuk dipraktiskan di luar nanti bagi mengekalkan kepulihan mereka.
Pengisian program seperti LDK adalah untuk membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan klien. Impak dari LDK yang dilaksanakan ini secara langsung akan mengajar serta mendidik klien bagaimana hendak mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mereka.
Selain itu, program ini adalah untuk mewujudkan suasana penerimaan dan penyampaian maklumat dalam bentuk yang lebih santai dan persekitaran yang berbeza . Melalui program ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan dalam merialisasikan proses kepulihan klien.
Semoga klien dapat menggunakan setiap pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari apabila berada di luar nanti.
Khamis, 16 Februari 2012
Program : Diskusi Santai
Oleh : Syarul Haiza Husra bin Hussin
JERANTUT 16 Februari 2012 - Pada hari ini terlaksana satu sesi diskusi santai antara pegawai-pegawai kanan C&C 1Malaysia Jerantut bersama klien inpatien. Perjumpaan yang julung kali diadakan dalam suasana yang harmoni. Telah banyak input dikongsikan demi kepentingan bersama. Melalui dialog ini pihak pengurusan C&C lebih bersifat terbuka untuk mendalami perasaan, keperluan serta maklumbalas dari pihak klien.
Antara isu yang diutarakan oleh klien adalah berkaitan kesediaan mereka untuk menerima program-program terapi seperti latihan kemahiran. Menurut Khairul Arizal 31, menambah pembimbing rakan sebaya wajar disegerakan demi membimbing serta dijadikan contoh terdekat untuk mereka mencari kekuatan kearah kepulihan. Mengenai penubuhan rumah transisi terhadap klien yang telah discaj turut menjadi isu perbualan.
Izzudin Mohd Azmi 22. "klien yang baru dipindahkan dari kediaman pemerhatian perlu dipindahkan dari kediaman pemerhatian perlu didedahkan kepada satu program khas yang akan membincangkan keseluruhan perjalanan yang mesti dilalui oleh setiap klien disini". Disamping itu juga beliau mengharapkan agar diwujudkan kembali senaman pagi sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu untuk menggalakkan gaya hidup sihat.
Menurut En. Muhammad Tajmuddin Shah bin Muda, Pengarah Klinik C&C 1Malaysia Jerantut, tujuan diskusi ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas bagi tujuan penambahbaikan perlaksanaan program. Tambahnya lagi, ini membuktikan pihak pengurusan C&C 1Malaysia Jerantut sentiasa peka dalam memenuhi keperluan klien semasa menjalani rawatan dan pemulihan di sini. Beliau juga berharap agar semua kakitangan mengambil maklum tentang keseluruhan isu yang dibangkitkan serta proaktif dengan mengambil tindakan segera.
Jumaat, 10 Februari 2012
Program : Explorace Sokongan Sosial
Oleh : Joharudin bin Jusoh
JERANTUT 10 Februari 2012 - Seramai 20 orang klien telah terlibat dalam program 'Explorace Sokongan Sosial' yang dianjurkan oleh unit pengurusan klien. Sebanyak lima kumpulan telah dibentuk dan setiap kumpulan diwakili oleh seorang kakitangan yang telah dipilih.
Bermula jam 9.00 pagi, semua peserta dan fasilitator berkumpul untuk melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan yang dikendalikan oleh klien. Selesai aktiviti tersebut, peserta dilepaskan bagi menyelesaikan tugasan di semua checkpoint yang telah ditetapkan. Berdasarkan kata kunci, peserta harus peka dengan keadaan sekeliling dan memahami dengan tepat kehendak arahan. Tugasan yang pernah dibincangkan serta dilakukan dalam sesi-sesi terdahulu seperti kepulihan awalan, kumpulan sokongan sosial, kelompok pencegahan relapse dan psikopendidikan. Ini secara tidak langsung menguji tahap kefahaman klien berkaitan pendedahan yang telah diberikan kepada mereka semasa mendapatkan rawatan dan pemulihan di Klinik C&C.
Dalam acara seumpama ini, dapat mengaplikasikan keseluruhan tajuk yang sering dibincangkan dalam sesi kumpulan sosial khasnya. Tajuk-tajuk seperti keseronokan, mengisi masa lapang, kegembiraan dan sebagainya mampu digambarkan sepanjang keseluruhan program ini berlangsung.
Program yang tamat pada jam 11.15 pagi diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh ketua Unit Pengurusan Klien En. Wan Ismail bin Wan Harun kepada peserta.
Jumaat, 3 Februari 2012
Program : Jalinan Kasih
Oleh : Joharudin bin Jusoh
JERANTUT 3 Februari 2012 - Satu program 'Jalinan Kasih' telah dianjurkan oleh unit keselamatan Klinik C&C 1Malaysia Jerantut. Program ini merupakan program yang pertama anjuran unit keselamatan berfokus untuk mewujudkan mewujudkan perhubungan yang baik diantara klien dan kakitangan. Pengisian utama program adalah melakukan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar klinik disamping menjadikan ia sebagai sebahagian daripada terapi kerja kepada klien.
Program dimulakan dengan taklimat ringkas daripada En. Muhamad Rukman selaku ketua unit keselamatan. Tepat pukul 9.00 pagi, kerja-kerja gotong-royong dimulakan dan peserta program dibahagikan kepada dua zon. Zon A bertanggungjawab membersihkan kawasan kediaman klien dan pagar anti-climb. Manakala zon B bertanggungjawab membersihkan kawasan dapur, masjid, dan sekitar blok dobi. Program tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Dengan adanya program seumpama ini, diharap dapat mewujudkan hubungan yang harmoni diantara klien dan kakitangan disamping dapat mendidik klien untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran apabila klien menjalani pemulihan di luar kelak.
Rabu, 18 Januari 2012
Program : Cergas dan Sihat
Oleh : Syarul Haiza Husra bin Hussin
JERANTUT 18 Januari 2012 - Aktiviti sihat pada tahun ini dimulakan dengan mengadakan program senamrobik. Penglibatan klien bersama-sama kakitangan bukanlah sesuatu yang janggal di sini. Menurut 'Program Manager' bagi bulan januari, aktiviti seumpama ini dirangka bukan sahaja bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan antara warga Klinik C&C 1Malaysia Jerantut, malah pendedahan dari aspek pengurusan program kepada klien adalah matlamat utama. Menurut En. Mohd Ariff Hafizan, klien telah menentukan tarikh serta aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program cergas dan sihat ini. Selain itu juga, aspek persiapan tempat serta penyediaan keperluan peralatan turut diselenggarakan oleh klien sendiri. Pada tarikh yang sama, satu perlawanan persahabatan acara badminton turut diadakan. Bukan juara yang kami cari, tetapi impak dari keseluruhan program yang harus kita perhati. Program yang berlangsung separuh hari masa bekerja, turut disertai oleh pengarah Klinik C&C 1Malaysia Jerantut, En. Muhammad Tajmuddin Shah bin Muda.
Isnin, 9 Januari 2012
Program : Klien Tunjuk Skill
Oleh : Zamani bin Mustafa
JERANTUT 9 Januari 2012 - Klien C&C 1Malaysia Jerantut telah menunjukkan bakat dan kemahiran dalam satu perlawanan persahabatan futsal diantara klien dan kakitangan. Perlawanan tersebut berlangsung di Dewan Pinggiran C&C Jerantut. Perlawanan persahabatan ini adalah merupakan hasil cadangan yang diutarakan oleh klien. Perlawanan yang juga merupakan riadah ini merupakan aktiviti sihat dan wajar dilakukan secara berterusan.
Melalui aktiviti seperti ini, ia dapat mewujudkan hubungan silaturrahim diantara klien dan kakitangan.Hubungan yang baik dapat memberi kesan keatas pemulihan klien itu sendiri. Kerjasama yang baik serta semangat kesukanan telah ditunjukkan oleh klien dan kakitangan dalam perlawanan itu.
Aktiviti sukan dan riadah seperti ini, perlu dilakukan setiap masa. Ia secara tidak langsung membantu klien dalam menguruskan diri, secara langsung mendedahkan klien dengan cabaran yang perlu dihadapi apabila tamat menjalani rawatan dan pemulihan di C&C nanti. Keputusan perlawanan persahabatan tersebut berpihak kepada klien dengan kemenangan 3-2.
Ahad, 1 Januari 2012
Senarai Kakitangan
BIL
|
NAMA
|
JAWATAN
|
GRED
|
1
|
MOHD RIZAL BIN TAWIL
|
Pegawai Antidadah
|
S48
|
2
|
MOHD SA'ET BIN IBRAHIM
|
Pegawai Antidadah
|
S44
|
3
|
NOR HAFFIZA BINTI IBRAHIM
|
Pegawai Antidadah
|
S41
|
4
|
FARIDAH BINTI ABD HAMID
|
Pen Peg Antidadah
|
S38
|
5
|
WAN ISMAIL BIN WAN HARUN
|
Pen Peg Antidadah
|
S38
|
6
|
WAXNI BINTI YUSOFF
|
Pen Peg Antidadah
|
S38
|
7
|
ZAMANI BIN MUSTAFFA
|
Pen Peg Antidadah
|
S32
|
8
|
ROSLI @ ROSLIZA BIN DERIS
|
Pen Peg Antidadah
|
S32
|
9
|
MOHD FAIZUL AMIN BIN CHE MAT
|
Pen. Peg. Perubatan
|
U29
|
10
|
ISMAIL BIN JAMIL
|
Pen. Peg. Perubatan
|
U29
|
11
|
SYARUL HAIZA HUSRA BIN HUSSIN
|
Pen Peg Antidadah
|
S27
|
12
|
JOHARUDIN BIN JUSOH
|
Pen Peg Antidadah
|
S27
|
13
|
KHAMARUL AZAM BIN HASSAN
|
Pen Peg Antidadah
|
S27
|
14
|
MOHD ARIFF HAFIZAN BIN ABDUL RAZAK
|
Pen Peg Antidadah
|
S27
|
15
|
AHMAD FAIRUZ BIN ABD LATIFF
|
Pen Peg Antidadah
|
S27
|
16
|
MOHD SHUKRI BIN SHAFIE
|
Pen Peg Hal Ehwal Islam
|
S27
|
17
|
MUHAMAD RUKMAN BIN MOHD LAZIM
|
Pen. Peg Keselamatan
|
KP27
|
18
|
HASNIZA BINTI DAUD
|
Pen. Peg Tadbir
|
N27
|
19
|
AHMAD NAZRI BIN MOHD NADZAM
|
Pembantu Antidadah
|
S22
|
20
|
WAN ROSLAILI BINTI WAN ZAHARI
|
Pembantu Tabdir (P/O)
|
N17 (KUP)
|
21
|
AZLIZA BINTI ZAINAL ABIDIN
|
Tukang Masak
|
N17
|
22
|
ZURAIDAH BINTI YAACOB
|
Tukang Masak
|
N17
|
23
|
SITI HAJAR BINTI ISMAIL
|
Pembantu Tabdir (Kew)
|
W17
|
24
|
NOR ASHIKIN BINTI MD KASSIM
|
Pembantu Tabdir (Kew)
|
W17
|
25
|
AZLINA BINTI ALI
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
26
|
JAMES SEAN ANAK JUNATA
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
27
|
ABDUL HAZAR BIN HASAN
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
28
|
RONNY NORRIS AK RADAAN
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
29
|
MOHD SAROZI BIN AHMAD
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
30
|
MUHAMAD RIDZUAN BIN AZMI
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
31
|
SHAMSUR BIN SAMAWI
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
32
|
RUSLINAH MAIKOL
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
33
|
CHAN ING LIANG
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
34
|
MUHAMAD SAIFUDDIN BIN AHMAD SABRI
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
35
|
PAUL DAVIS ANAK GUJANG
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
36
|
RIDZUAN BIN ADAM
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
37
|
ROSMAEDY BIN RASHID
|
Pembantu Antidadah
|
S17
|
38
|
MOHD REDZUAN BIN MAT ISA
|
Pemb. Hal Ehwal Islam
|
S17
|
39
|
MAZNI AZLI BIN MOHAMED
|
Pemb. Hal Ehwal Islam
|
S17
|
40
|
MAZNIFIRDAUS BIN MARZUKI
|
Pembantu Keselamatan
|
KP17
|
41
|
NORZAILI BINTI MAT RIFFIN
|
Pengawal Keselamatan
|
KP17
|
42
|
SIRUN BIN SAID
|
Pengawal Keselamatan
|
KP14
|
43
|
NEK SOM BINTI RANI
|
Pengawal Keselamatan
|
KP14 (M)
|
44
|
WAN AHMAD AZLI BIN WAN AHMAD ZAKI
|
Pengawal Keselamatan
|
KP14 (M)
|
45
|
AHMAD BIN HASHIM
|
Pengawal Keselamatan
|
KP14 (KUP)
|
46
|
ABD RAZAK BIN ARIF
|
Pengawal Keselamatan
|
KP14 (KUP)
|
47
|
MUSA BIN AHMAD
|
Pengawal Keselamatan
|
KP14 (KUP)
|
48
|
OTHMAN BIN HASSAN
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
49
|
BRUHANUDDIN BIN ABDULLAH
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
50
|
SAHARUDDIN BIN MIKIN
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
51
|
WAN HASAN BIN WAN ABDULLAH
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
52
|
JASMI BIN DOLLAH
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
53
|
MOHAMED AMIN BIN SETAPA
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
54
|
AHMAD FAIRUZ SAH B ABDULLAH AZAINI
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
55
|
MOHD ROPI BIN ABD RAFAR
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
56
|
ABD HALIM BIN ABD WAHAB
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
57
|
MOHD SYAIFUL BIN TAHARIM
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
58
|
NORSAHLAN BIN ABU
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
59
|
ABDUL SHUIB BIN YAHYA
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
60
|
JAMALUDDIN BIN DOLLAH
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
61
|
ZULKIFLI BIN MUSTAZA ZAABA
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
62
|
HASBULLAH BIN ABU BAKAR
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
63
|
MOHD NIZAM BIN ZAKARIA
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
64
|
FAIZAL RIZAR BIN MAT JOHAR
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
65
|
MAHMUD BIN ABDUL JALIL
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
66
|
MOHAMAD FIZAM ADHA BIN NADIN
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
67
|
AHMAD MUZAKKIR BIN MOHAMAD
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
68
|
CHE MUHAMMAD SYUKRI BIN CHE DERAMAN
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
69
|
MOHD ALLAMIN BIN ABDUL RAZAK
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
70
|
MOHD HASROL HAFIZ BIN AZMI
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
71
|
MOHD HAYUDIN BIN MOHAMED
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
72
|
MUHAMMAD HASIB BIN MD YUNOS
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
73
|
ROSMAN BIN BUSU
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
74
|
KHAIRUL AMIN BIN MOHD KAMALUDDIN
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
75
|
HAIRUL AZIRA BIN MOHD GHAZALI
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
76
|
MOHD AIDIL AZAHAR BIN ISHAK
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
77
|
ERIZWAN BIN ZAKARIA
|
Pengawal Keselamatan
|
KP11
|
78
|
ZAMRI BIN MAT DAUD
|
Pemandu
|
R3
|
79
|
NORMAN BIN OMAR
|
Pemandu
|
R3
|
80
|
MOHD FAIZAL BIN MOHD NAZIR
|
Pemandu
|
R3
|
81
|
ABDUL RODZI BIN HASSAN
|
Pem Prwtn Kesihatan
|
U3
|
82
|
KHAIRUL NIZAM BIN MOHD SAJALI
|
Pem Prwtn Kesihatan
|
U3
|
83
|
MUHAMMAD HISAMUDDIN BIN MOHAMMAD
|
Pemb. Am Pejabat
|
N1
|
84
|
ABDUL WAHID BIN MAHMOOD
|
Pembimbing Rakan Sebaya
|
PRS
|
85
|
SYED AZRILA BIN SYED ALWI
|
Pembimbing Rakan Sebaya
|
PRS
|
86
|
KAHARUDDIN BIN NORDIN
|
Pembimbing Rakan Sebaya
|
PRS
|
Langgan:
Catatan (Atom)