Oleh : Syarul Haiza Husra bin Hussin
JERANTUT 16 Februari 2012 - Pada hari ini terlaksana satu sesi diskusi santai antara pegawai-pegawai kanan C&C 1Malaysia Jerantut bersama klien inpatien. Perjumpaan yang julung kali diadakan dalam suasana yang harmoni. Telah banyak input dikongsikan demi kepentingan bersama. Melalui dialog ini pihak pengurusan C&C lebih bersifat terbuka untuk mendalami perasaan, keperluan serta maklumbalas dari pihak klien.
Antara isu yang diutarakan oleh klien adalah berkaitan kesediaan mereka untuk menerima program-program terapi seperti latihan kemahiran. Menurut Khairul Arizal 31, menambah pembimbing rakan sebaya wajar disegerakan demi membimbing serta dijadikan contoh terdekat untuk mereka mencari kekuatan kearah kepulihan. Mengenai penubuhan rumah transisi terhadap klien yang telah discaj turut menjadi isu perbualan.
Izzudin Mohd Azmi 22. "klien yang baru dipindahkan dari kediaman pemerhatian perlu dipindahkan dari kediaman pemerhatian perlu didedahkan kepada satu program khas yang akan membincangkan keseluruhan perjalanan yang mesti dilalui oleh setiap klien disini". Disamping itu juga beliau mengharapkan agar diwujudkan kembali senaman pagi sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu untuk menggalakkan gaya hidup sihat.
Menurut En. Muhammad Tajmuddin Shah bin Muda, Pengarah Klinik C&C 1Malaysia Jerantut, tujuan diskusi ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas bagi tujuan penambahbaikan perlaksanaan program. Tambahnya lagi, ini membuktikan pihak pengurusan C&C 1Malaysia Jerantut sentiasa peka dalam memenuhi keperluan klien semasa menjalani rawatan dan pemulihan di sini. Beliau juga berharap agar semua kakitangan mengambil maklum tentang keseluruhan isu yang dibangkitkan serta proaktif dengan mengambil tindakan segera.
0 ulasan:
Catat Ulasan