Jumaat, 10 Februari 2012

Program : Explorace Sokongan Sosial

Oleh : Joharudin bin Jusoh

JERANTUT 10 Februari 2012 - Seramai 20 orang klien telah terlibat dalam program 'Explorace Sokongan Sosial' yang dianjurkan oleh unit pengurusan klien. Sebanyak lima kumpulan telah dibentuk dan setiap kumpulan diwakili oleh seorang kakitangan yang telah dipilih.


Bermula jam 9.00 pagi, semua peserta dan fasilitator berkumpul untuk melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan yang dikendalikan oleh klien. Selesai aktiviti tersebut, peserta dilepaskan bagi menyelesaikan tugasan di semua checkpoint yang telah ditetapkan. Berdasarkan kata kunci, peserta harus peka dengan keadaan sekeliling dan memahami dengan tepat kehendak arahan. Tugasan yang pernah dibincangkan serta dilakukan dalam sesi-sesi terdahulu seperti kepulihan awalan, kumpulan sokongan sosial, kelompok pencegahan relapse dan psikopendidikan. Ini secara tidak langsung menguji tahap kefahaman klien berkaitan pendedahan yang telah diberikan kepada mereka semasa mendapatkan rawatan dan pemulihan di Klinik C&C.


Dalam acara seumpama ini, dapat mengaplikasikan keseluruhan tajuk yang sering dibincangkan dalam sesi kumpulan sosial khasnya. Tajuk-tajuk seperti keseronokan, mengisi masa lapang, kegembiraan dan sebagainya mampu digambarkan sepanjang keseluruhan program ini berlangsung.


Program yang tamat pada jam 11.15 pagi diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh ketua Unit Pengurusan Klien En. Wan Ismail bin Wan Harun kepada peserta.

0 ulasan: