Jumaat, 1 Februari 2013

Program : Sambutan Maulidur Rasul C&C Jerantut

OLEH             : JOHARUDIN BIN JUSOH
EMAIL            : joharudinjusoh@gmail.com

JERANTUT 29 JANUARI 2012 – ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ , bertepatan dengan tema Maulidur Rasul SAW pada tahun ini, Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut telah mengadakan satu sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Klinik Cure&Care 1Malayisa Jerantut dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Majlis yang disertai oleh semua klien inpatient dan kakitangan  ini dianjurkan oleh unit agama selaku unit yang bertanggungjawab merancang dan merencanakan program keagamaan.

Bermula jam 8.30 pagi, semua klien dan kakitangan berkumpul di Dewan Aktiviti Bakawali lengkap bersampin dan berbaju melayu seterusnya berarak menuju ke Dewan Makan Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut sambil memegang sepanduk dan berselawat keatas Junjungan. Satu ceramah bertajuk ‘Persediaan Menghadapi Kematian’ telah disampaikan oleh Encik Mohd Hadith bin Kamarudin, Penolong Pengarah CCRC Benta diikuti persembahan nasyid dari kumpulan Irsyadi yang dianggotai oleh kakitangan dan klien serta penyampaian sajak oleh klien. Rozlan bin Raflis dan Ruslan bin Husain, klien inpatient Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut telah dipilih sebagai tokoh Maulidur Rasul 1432H/2013M yang dinilai dari segi disiplin diri, komitmen dan kesungguhan dalam mengikuti program pemulihan serta penerapan nilai Islam dalam diri.

Irsyadi - Rasulullah dan Jalinan














Irsyadi - Rasul Junjungan















Penghayatan kehidupan Rasullullah adalah salah satu cara umat Islam menunjukkan sanjungan serta kasih sayang terhadap perjuangan dan pengorbanan Rasulullah S.A.W. yang tidak pernah kenal erti penat, gentar jauh sekali dibelenggu rasa kecewa demi mengembangkan Islam dalam keadaan serba kekurangan sekaligus berjaya menyatukan umat manusia di bawah satu agama. Semoaga dengan menghayati sejarah perjuangan rasullullah ini menguatkan azam bekas bekas penagih ini untuk terus berusaha memperbaiki diri dan maju kehadapan tanpa rasa putus asa.



0 ulasan: