Ahad, 3 Februari 2013

Program : My Beautiful Malaysia Day


OLEH             : JOHARUDIN BIN JUSOH
EMAIL            : joharudinjusoh@gmail.com

JERANTUT 3 FEBRUARI 2013 – Pelancaran program ‘My Beautiful Malaysia Day’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di SMK Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor telah sama disambut di lebih 300 lokasi di seluruh Malaysia. Daerah Jerantut juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan matlamat Perdana Menteri untuk menjadikan tahun 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara. Semua badan kerajaan, swasta, NGO dan Masyarakat setempat  terutamanya golongan muda telah turun padang dalam memeriahkan lagi pelancaran program tersebut.

Seramai 20 orang kakitangan dan 15 orang klien inpatient Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut juga turut sama dalam dalam program tersebut. Program yang diadakan di Dataran Majlis Daerah Jerantut ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan acara Senamrobik dan diikuti dengan gotong-royong membersihkan persekitaran Bandar Jerantut.. Tepat jam 10 pagi, satu lintas langsung ucapan Perdana Menteri dan pelancaran program telah diadakan dan program diteruskan dengan persembahan koir dari Majlis Derah Jerantut dan kumpulan muzik jemputan. Program tamat pada pukul 1.00 petang selepas selesai  makan tengahari.

Penglibatan klien Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut adalah penting dalam memupuk sifat kesukarelawanan dalam diri mereka seiring dengan matlamat program ini. Penglibatan mereka juga membuktikan bahawa golongan bekas penagih ini masih mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara dan dalam masa yang sama dapat menepis stigma negatif masyarakat terhadap bekas penagih ini.


0 ulasan: