Program
psikopendidikan bertemakan Keselamatan Tanggungjawab Bersama telah dianjurkan
oleh Unit Keselamatan pada 27 Februari 2013 (Rabu). Program bertajuk “Pencegahan
Kebakaran” telah mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat
Daerah Jerantut dengan kehadiran seorang penceramah dan empat orang anggota
Bomba. Program dijalankan di Dewan Kediaman Bakawali dan Laluan Masuk ke
kawasan kediaman ini melibatkan semua kakitangan dan klien . Di dalam program ini peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan terutamanya melibatkan kebakaran di premis – premis yang didiami. Peserta turut diajar cara menggunakan alat pemadam api dan dapat mencuba sendiri bagaimana cara yang betul untuk memadamkan api menggunakan alat pemadam api.
Program yang dilaksanakan
ini adalah bertujuan meningkatkan tahap kesedaran
Kakitangan dan Klien yang berada di dalam Klinik Cure & Care 1 Malaysia
Jerantut tentang perlunya langkah – langkah awal menyelamatkan diri apabila
berlaku sesuatu bencana di dalam sesuatu kawasan yang didiami. Program
dilaksanakan dengan mengadakan fire drill atau pengongsian bangunan apabila
siren kecemasan dibunyikan, ceramah, demontrasi memadam kebakaran. Pertandingan
memadam kebakaran melibatkan kakitangan dan klien telah diadakan bagi
menjadikan program ini lebih santai dan memberi peluang kepada klien
menggunakan alat pemadam api .
Objektif program ini dilaksanakan antaranya adalah untuk;
- Memberi pendedahan kepada klien tentang cara yang betul menggunakan alat pemadam api.
- Memberi pengetahuan kepada kakitangan dan klien cara – cara menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan.
- Melihat bagaimana tahap kepekaan, kesedaran dan tindakan yang diambil oleh kakitangan dan klien semasa siren kecemasan dibunyikan.
Program ini telah dapat mengenalpasti tahap kesedaran dan keprihatinan
kakitangan serta klien tentang amaran kecemasan yang dibunyikan. Melalui
ceramah yang diadakan langkah – langkah awal mencegah kebakaran dan
menyelamatkan diri telah dapat dikongsi oleh Pegawai Bomba kepada Kakitangan
dan Klien. Kakitangan dan Klien juga dapat merasai sendiri cara menggunakan
alat pemadam api yang kemungkinan selama ini hanya melihat sahaja ianya
tergantung di dinding bangunan tanpa dapat menggunakannya.
Sepanjang program berjalan ianya telah mendapat kerjasama yang baik
daripada Kakitangan dan Klien daripada semua asrama. Program keselamatan
seperti ini perlu diadakan lagi pada masa – masa akan datang kerana bencana
atau mala petaka boleh berlaku pada bila – bila masa dan tindakan yang betul
dan cepat perlu dilakukan oleh semua orang yang berada di dalam kawasan
bencana. Program ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan sediada
tanpa melibatkan perubahan masa, tempat dan ianya dijalankan dengan lancar.