Sabtu, 22 Jun 2013
Rabu, 27 Februari 2013
Program : Pencegahan Kebakaran
Program
psikopendidikan bertemakan Keselamatan Tanggungjawab Bersama telah dianjurkan
oleh Unit Keselamatan pada 27 Februari 2013 (Rabu). Program bertajuk “Pencegahan
Kebakaran” telah mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat
Daerah Jerantut dengan kehadiran seorang penceramah dan empat orang anggota
Bomba. Program dijalankan di Dewan Kediaman Bakawali dan Laluan Masuk ke
kawasan kediaman ini melibatkan semua kakitangan dan klien . Di dalam program ini peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan terutamanya melibatkan kebakaran di premis – premis yang didiami. Peserta turut diajar cara menggunakan alat pemadam api dan dapat mencuba sendiri bagaimana cara yang betul untuk memadamkan api menggunakan alat pemadam api.
Program yang dilaksanakan
ini adalah bertujuan meningkatkan tahap kesedaran
Kakitangan dan Klien yang berada di dalam Klinik Cure & Care 1 Malaysia
Jerantut tentang perlunya langkah – langkah awal menyelamatkan diri apabila
berlaku sesuatu bencana di dalam sesuatu kawasan yang didiami. Program
dilaksanakan dengan mengadakan fire drill atau pengongsian bangunan apabila
siren kecemasan dibunyikan, ceramah, demontrasi memadam kebakaran. Pertandingan
memadam kebakaran melibatkan kakitangan dan klien telah diadakan bagi
menjadikan program ini lebih santai dan memberi peluang kepada klien
menggunakan alat pemadam api .
Objektif program ini dilaksanakan antaranya adalah untuk;
- Memberi pendedahan kepada klien tentang cara yang betul menggunakan alat pemadam api.
- Memberi pengetahuan kepada kakitangan dan klien cara – cara menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan.
- Melihat bagaimana tahap kepekaan, kesedaran dan tindakan yang diambil oleh kakitangan dan klien semasa siren kecemasan dibunyikan.
Program ini telah dapat mengenalpasti tahap kesedaran dan keprihatinan
kakitangan serta klien tentang amaran kecemasan yang dibunyikan. Melalui
ceramah yang diadakan langkah – langkah awal mencegah kebakaran dan
menyelamatkan diri telah dapat dikongsi oleh Pegawai Bomba kepada Kakitangan
dan Klien. Kakitangan dan Klien juga dapat merasai sendiri cara menggunakan
alat pemadam api yang kemungkinan selama ini hanya melihat sahaja ianya
tergantung di dinding bangunan tanpa dapat menggunakannya.
Sepanjang program berjalan ianya telah mendapat kerjasama yang baik
daripada Kakitangan dan Klien daripada semua asrama. Program keselamatan
seperti ini perlu diadakan lagi pada masa – masa akan datang kerana bencana
atau mala petaka boleh berlaku pada bila – bila masa dan tindakan yang betul
dan cepat perlu dilakukan oleh semua orang yang berada di dalam kawasan
bencana. Program ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan sediada
tanpa melibatkan perubahan masa, tempat dan ianya dijalankan dengan lancar.
Rabu, 20 Februari 2013
Ahad, 3 Februari 2013
Program : My Beautiful Malaysia Day
OLEH
: JOHARUDIN BIN JUSOH
JERANTUT
3 FEBRUARI 2013 – Pelancaran program ‘My Beautiful Malaysia Day’ oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di SMK Taman Medan, Petaling
Jaya, Selangor telah sama disambut di lebih 300 lokasi di seluruh Malaysia. Daerah
Jerantut juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan matlamat Perdana Menteri
untuk menjadikan tahun 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara. Semua badan
kerajaan, swasta, NGO dan Masyarakat setempat
terutamanya golongan muda telah turun padang dalam memeriahkan lagi pelancaran
program tersebut.
Seramai
20 orang kakitangan dan 15 orang klien inpatient Klinik Cure&Care 1Malaysia
Jerantut juga turut sama dalam dalam program tersebut. Program yang diadakan di
Dataran Majlis Daerah Jerantut ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan acara
Senamrobik dan diikuti dengan gotong-royong membersihkan persekitaran Bandar
Jerantut.. Tepat jam 10 pagi, satu lintas langsung ucapan Perdana Menteri dan pelancaran
program telah diadakan dan program diteruskan dengan persembahan koir dari Majlis
Derah Jerantut dan kumpulan muzik jemputan. Program tamat pada pukul 1.00
petang selepas selesai makan tengahari.
Penglibatan
klien Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut adalah penting dalam memupuk
sifat kesukarelawanan dalam diri mereka seiring dengan matlamat program ini. Penglibatan
mereka juga membuktikan bahawa golongan bekas penagih ini masih mampu memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara dan dalam masa yang sama dapat menepis
stigma negatif masyarakat terhadap bekas penagih ini.
Jumaat, 1 Februari 2013
Program : Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jerantut
OLEH : JOHARUDIN BIN JUSOH
JERANTUT
1 FEBRUARI 2013 – Satu Pertandingan Perarakan Sambutan Maulidurasul peringkat
daerah Jerantut telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut
Bertemakan ‘ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ‘, perarakan ini melibatkan 35 kontinjen terdiri daripada
semua jabatan dan agensi kerajaan, sekolah dan NGO dari seluruh daerah Jerantut.
Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut
juga tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan sempena sambutan
Maulidurasul tersebut dengan menghantar wakil yang terdiri daripada 10 orang
kakitangan dan 10 orang klien inpatient yang diketuai oleh Tuan Mohd Saet Bin
Ibrahim selaku ketua kontinjen Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut.
Perarakan
bermula seawal jam 7.30 pagi dimana semua kontinjen berkumpul di perkarangan
Masjid Tengku Ahmad, Jerantut dengan berpakaian lengkap berbaju melayu dan membawa sepanduk untuk dibawa sepanjang
perarakan. Perarakan berakhir di Dewan Majlis Daerah Jerantut, majlis diserikan
oleh persembahan-persembahan oleh pelajar sekolah seterusnya ceramah sempena
Maulidurasul yang disampaikan oleh Pengetua Ma’ahad Tahfiz Sungai Salan,
Jerantut iaitu Maulana Johari bin Muhammad Ali. Untuk tahun ini, Klinik
Cure&Care 1Malaysia Jerantut telah merangkul tempat pertama bagi kontinjen
perarakan terbaik dengan membawa pulang piala pusingan, sijil penyertaan dan
wang tunai RM 250.00. Hadiah disampaikan oleh
Pegawai Daerah Jerantut, Dato’ Syed Ab. Mutalib bin Syed Hassan dan ADUN
Tahan, Dato’ Wan Amizan bin Wan Abd. Razak. Sebelum ini, pada Mesyuarat Tahunan
PUSPANITA daerah Jerantut yang diadakan pada 23 Januari 2013 yang lalu, wakil
dari Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut juga telah merangkul tempat
pertama dan kedua bagi Pertandingan gubahan
hantaran dan Pertandingan memasak acar.
Dengan
penyertaan kontinjen Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut ini telah
memperlihatkan usaha-usaha transformasi yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah
AADK, Puan Sri Dato’ Zuraidah binti Hj. Mohamed telah berjaya mendapat
perhatian dan pengiktirafan dari masyarakat. Ini juga merupakan salah satu
daripada usaha yang dilaksanakan oleh pihak Klinik Cure&Care 1Malaysia
Jerantut untuk mempromosikan Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut sekaligus membina
jaringan yang baik dengan dengan jabatan
dan agensi kerajaan lain.
Program : Sambutan Maulidur Rasul C&C Jerantut
OLEH : JOHARUDIN BIN JUSOH
JERANTUT
29 JANUARI 2012 – ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ , bertepatan dengan tema
Maulidur Rasul SAW pada tahun ini, Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut
telah mengadakan satu sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Klinik
Cure&Care 1Malayisa Jerantut dalam suasana yang sederhana tetapi meriah.
Majlis yang disertai oleh semua klien inpatient dan kakitangan ini dianjurkan oleh unit agama selaku unit
yang bertanggungjawab merancang dan merencanakan program keagamaan.
Bermula
jam 8.30 pagi, semua klien dan kakitangan berkumpul di Dewan Aktiviti Bakawali lengkap
bersampin dan berbaju melayu seterusnya berarak menuju ke Dewan Makan Klinik
Cure&Care 1Malaysia Jerantut sambil memegang sepanduk dan berselawat keatas
Junjungan. Satu ceramah bertajuk ‘Persediaan Menghadapi Kematian’ telah
disampaikan oleh Encik Mohd Hadith bin Kamarudin, Penolong Pengarah CCRC Benta
diikuti persembahan nasyid dari kumpulan Irsyadi yang dianggotai oleh
kakitangan dan klien serta penyampaian sajak oleh klien. Rozlan bin Raflis dan
Ruslan bin Husain, klien inpatient Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut
telah dipilih sebagai tokoh Maulidur Rasul 1432H/2013M yang dinilai dari segi
disiplin diri, komitmen dan kesungguhan dalam mengikuti program pemulihan serta
penerapan nilai Islam dalam diri.
Irsyadi - Rasulullah dan Jalinan
Irsyadi - Rasul Junjungan
Selasa, 29 Januari 2013
Majlis Sambutan Maulidur Rasul CnC Jerantut
Cawangan Agama Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada
Tarikh : 30 Januari 2013 bersamaan 18 R'Awal 1434H
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Makan Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut
Aturcara:-
9.00 pagi
- Berkumpul di dewan makan
9.20 pagi
- Ucapan Pengarah Klinik C&C 1Malaysia Jerantut
10.30 pagi
- Minum Pagi
Tarikh : 30 Januari 2013 bersamaan 18 R'Awal 1434H
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Makan Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut
Aturcara:-
8.30 pagi
- Perarakan dari kediaman bakawali ke dewan makan
- Perarakan dari kediaman bakawali ke dewan makan
9.00 pagi
- Berkumpul di dewan makan
-
Bacaan doa
9.20 pagi
- Ucapan Pengarah Klinik C&C 1Malaysia Jerantut
9.30 pagi
- Ceramah oleh : Ust Mohd Hadith Bin Kamarudin (CCRC Benta - Tajuk : Persiapan menghadapi mati)
- Ceramah oleh : Ust Mohd Hadith Bin Kamarudin (CCRC Benta - Tajuk : Persiapan menghadapi mati)
10.30 pagi
- Minum Pagi
10.40 Pagi
- Persembahan Nasyid kumpulan Irsyadi Klinik C&C 1 Malaysia Jerantut
- Kuiz
- Persembahan penceramah jemputan
- Persembahan puisi / sajak
- Kuiz
- Persembahan Nasyid kumpulan Irsyadi Klinik C&C 1 Malaysia Jerantut
- Kuiz
- Persembahan penceramah jemputan
- Persembahan puisi / sajak
- Kuiz
11.15 pagi
- Penyampaian hadiah penceramah jemputan
- Penyampaian hadiah penceramah jemputan
-
Penyampaian hadiah pertandingan sepanduk, khat, puisi/sajak
-
Penyampaian anugerah Tokoh Maulidur Rasul (klien)
12.30 tengahari
- Bersurai & Jamuan tengahari
- Bersurai & Jamuan tengahari
Langgan:
Catatan (Atom)