Oleh : Chan Ing Liang
JERANTUT 26 Februari 2012 - Seramai 19 orang klien 'inpatient' Klinik C&C 1Malaysia Jerantut bersama dengan 14 kakitangan terlibat dalam Program Pencegahan Relapse di Lata Meraung, Jerantut. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan telah selesai pada jam 1.00 petang.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan program, satu taklimat telah disampaikan oleh Pn. Waxni binti Yusof selaku ketua fasilitator. Program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan klien tentang pencegahan relapse untuk kepulihan mereka. Implikasi daripada program ini diharapkan dapat membantu klien dalam mengambil langkah yang efektif untuk dipraktiskan di luar nanti bagi mengekalkan kepulihan mereka.
Pengisian program seperti LDK adalah untuk membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan klien. Impak dari LDK yang dilaksanakan ini secara langsung akan mengajar serta mendidik klien bagaimana hendak mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mereka.
Selain itu, program ini adalah untuk mewujudkan suasana penerimaan dan penyampaian maklumat dalam bentuk yang lebih santai dan persekitaran yang berbeza . Melalui program ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan dalam merialisasikan proses kepulihan klien.
Semoga klien dapat menggunakan setiap pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari apabila berada di luar nanti.