Sabtu, 22 Jun 2013

Majlis Tilawah Al-Quran & Pertandingan Nasyid Peringkat Zon Timur 2013/1434H


Rabu, 27 Februari 2013

Program : Pencegahan Kebakaran

Program psikopendidikan bertemakan Keselamatan Tanggungjawab Bersama telah dianjurkan oleh Unit Keselamatan pada 27 Februari 2013 (Rabu). Program bertajuk “Pencegahan Kebakaran” telah mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut dengan kehadiran seorang penceramah dan empat orang anggota Bomba. Program dijalankan di Dewan Kediaman Bakawali dan Laluan Masuk ke kawasan kediaman ini melibatkan semua kakitangan dan klien . Di dalam program ini peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan terutamanya melibatkan kebakaran di premis – premis yang didiami. Peserta turut diajar cara menggunakan alat pemadam api dan dapat mencuba sendiri bagaimana cara yang betul untuk memadamkan api menggunakan alat pemadam api.
                                                                            
Program yang dilaksanakan  ini adalah bertujuan meningkatkan tahap kesedaran Kakitangan dan Klien yang berada di dalam Klinik Cure & Care 1 Malaysia Jerantut tentang perlunya langkah – langkah awal menyelamatkan diri apabila berlaku sesuatu bencana di dalam sesuatu kawasan yang didiami. Program dilaksanakan dengan mengadakan fire drill atau pengongsian bangunan apabila siren kecemasan dibunyikan, ceramah, demontrasi memadam kebakaran. Pertandingan memadam kebakaran melibatkan kakitangan dan klien telah diadakan bagi menjadikan program ini lebih santai dan memberi peluang kepada klien menggunakan alat pemadam api .

Objektif program ini dilaksanakan antaranya adalah untuk;
  •  Memberi pendedahan kepada klien tentang cara yang betul menggunakan alat pemadam api.
  •  Memberi pengetahuan kepada kakitangan dan klien cara – cara menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan.
  •  Melihat bagaimana tahap kepekaan, kesedaran dan tindakan yang diambil oleh kakitangan dan klien semasa siren kecemasan dibunyikan.
Program ini telah dapat mengenalpasti tahap kesedaran dan keprihatinan kakitangan serta klien tentang amaran kecemasan yang dibunyikan. Melalui ceramah yang diadakan langkah – langkah awal mencegah kebakaran dan menyelamatkan diri telah dapat dikongsi oleh Pegawai Bomba kepada Kakitangan dan Klien. Kakitangan dan Klien juga dapat merasai sendiri cara menggunakan alat pemadam api yang kemungkinan selama ini hanya melihat sahaja ianya tergantung di dinding bangunan tanpa dapat menggunakannya.

Sepanjang program berjalan ianya telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kakitangan dan Klien daripada semua asrama. Program keselamatan seperti ini perlu diadakan lagi pada masa – masa akan datang kerana bencana atau mala petaka boleh berlaku pada bila – bila masa dan tindakan yang betul dan cepat perlu dilakukan oleh semua orang yang berada di dalam kawasan bencana. Program ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan sediada tanpa melibatkan perubahan masa, tempat dan ianya dijalankan dengan lancar. 


Rabu, 20 Februari 2013

Program : Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat C&C Jerantut


Ahad, 3 Februari 2013

Program : My Beautiful Malaysia Day


OLEH             : JOHARUDIN BIN JUSOH
EMAIL            : joharudinjusoh@gmail.com

JERANTUT 3 FEBRUARI 2013 – Pelancaran program ‘My Beautiful Malaysia Day’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di SMK Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor telah sama disambut di lebih 300 lokasi di seluruh Malaysia. Daerah Jerantut juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan matlamat Perdana Menteri untuk menjadikan tahun 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara. Semua badan kerajaan, swasta, NGO dan Masyarakat setempat  terutamanya golongan muda telah turun padang dalam memeriahkan lagi pelancaran program tersebut.

Seramai 20 orang kakitangan dan 15 orang klien inpatient Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut juga turut sama dalam dalam program tersebut. Program yang diadakan di Dataran Majlis Daerah Jerantut ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan acara Senamrobik dan diikuti dengan gotong-royong membersihkan persekitaran Bandar Jerantut.. Tepat jam 10 pagi, satu lintas langsung ucapan Perdana Menteri dan pelancaran program telah diadakan dan program diteruskan dengan persembahan koir dari Majlis Derah Jerantut dan kumpulan muzik jemputan. Program tamat pada pukul 1.00 petang selepas selesai  makan tengahari.

Penglibatan klien Klinik Cure&Care 1Malaysia Jerantut adalah penting dalam memupuk sifat kesukarelawanan dalam diri mereka seiring dengan matlamat program ini. Penglibatan mereka juga membuktikan bahawa golongan bekas penagih ini masih mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara dan dalam masa yang sama dapat menepis stigma negatif masyarakat terhadap bekas penagih ini.